Rentas Sempadan | Thailand benar bawa pulang kereta tanpa caj

2022-05-24 0

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Thailand membenarkan rakyat Malaysia membawa pulang kenderaan yang ditinggalkan di negara berkenaan bermula 1 Jun depan tanpa dikenakan sebarang denda atau caj.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof selepas satu mesyuarat bersama pihak berkuasa Thailand yang diadakan pada Isnin.